Hany's Proud To Be Pilot

A board for aviation topics in general, including news, incidents, air traveling, safety etc.

Hany's Proud To Be Pilot

Postby mizivincible » Wed May 05, 2010 9:28 pm

Hany Bangga Bergelar Juruterbang

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm

Image

(Dari kiri) Hany Farhana Abd. Khalid, Khoo Lean Kee dan Natasha Mohamed Nazir menunjukkan 'Sayap' yang menjadi kebanggaan para graduan pada Majlis Konvokesyen Juruterbang Kadet Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 4 Mei - Jika disebut tentang cita-cita sewaktu kecil ramai yang masih ingat mengenainya tetapi untuk merealisasikan impian tersebut hanya segelintir sahaja yang bertuah.

Apatah lagi jika cita-cita tersebut melibatkan impian seorang kanak-kanak perempuan untuk bergelar juruterbang pesawat komersial sedangkan bidang itu dimonopoli kaum lelaki.

Namun Hany Farhana Abd. Khalid, 23, berjaya membuktikan tiada apa yang boleh menghalang seseorang itu untuk mencapai impian apabila bergelar Pegawai Pertama (First Officer) di syarikat penerbangan Air Asia.

Ini setelah dia bersama 331 graduan Akademi Penerbangan Malaysia di sini menerima sayap penerbangan tanda lulus latihan sebagai juruterbang pada majlis konvokesyen akademi tersebut baru-baru ini.

Hany ketika ditemui berkata, dia sebenarnya masih terkejut kerana tidak menyangka minatnya sejak berusia empat tahun untuk menerbangkan pesawat menjadi realiti.

Malah katanya, dia kini mampu berbangga kerana dapat mencapai kerjaya impian selama ini.

"Walaupun selalu menaiki kapal terbang, saya tidak pernah jemu dan tidak sangka hari ini saya berjaya menjadi juruterbang," katanya.

Pada konvokesyen berkenaan yang diadakan baru-baru ini, seramai 332 graduan telah menerima sijil tamat kursus penerbangan dan sayap penerbangan dari Pengarah Operasi Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kapten Datuk Yahaya Abdul Rahman.

Bercerita lanjut, Hany yang merupakan anak sulung dari dua beradik berkata, dia tidak pernah berasa kekok untuk menceburi kerjaya yang dimonopoli oleh kaum lelaki itu.

"Dalam dunia hari ini, tidak ada yang mustahil. Asalkan ada minat dan azam, wanita boleh jadi juruterbang, lelaki pun boleh berjaya sebagai jururawat," katanya.

Sementara itu, rakannya, Khoo Lean Kee, 23, berkata, dia seorang yang gemarkan cabaran dan tidak suka bermain dengan patung mainan sejak kecil.

"Walaupun berpeluang merantau seluruh dunia, kerjaya sebagai juruterbang sangat mencabar kerana bertanggungjawab menjaga keselamatan dan nyawa penumpang sepanjang penerbangan.

"Kerana sukakan cabaran, saya sedia memikul tugas itu dengan penuh komitmen," katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Bagi Natasha Mohamed Nazir, 22, dia memang menggemari aktiviti lasak malah mempunyai motosikal berkuasa tinggi kerana gemar pada kelajuan.

"Menjadi juruterbang memberi kepuasan yang berlainan dan cepat sampai ke sesuatu lokasi," katanya.
"There is no sport equal to that which aviators enjoy while being carried through the air on great white wings." — Wilbur Wright, 1905
mizivincible
 
 
Posts: 31
Joined: Fri Sep 18, 2009 3:32 pm
Location: Cheras | Selangor

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby V'mark » Wed May 05, 2010 9:34 pm

'kepuasan yg berlainan'... Cool,, satisfaction,, congrates to them,, ! All the best girl.
fly high, get high..
User avatar
V'mark
 
 
Posts: 107
Joined: Wed Oct 14, 2009 11:22 am
Location: Labuan F.T.

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby mizivincible » Wed May 05, 2010 9:38 pm

Congratulations girls.

Anyone from flylah.com perhaps ?
"There is no sport equal to that which aviators enjoy while being carried through the air on great white wings." — Wilbur Wright, 1905
mizivincible
 
 
Posts: 31
Joined: Fri Sep 18, 2009 3:32 pm
Location: Cheras | Selangor

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby laszlo » Wed May 05, 2010 10:08 pm

Good publicity :cool:
search button is at top right
User avatar
laszlo
 
 
Posts: 179
Joined: Mon Jun 01, 2009 11:41 pm

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby mizivincible » Wed May 05, 2010 10:11 pm

laszlo wrote:Good publicity :cool:


Pandai MFA :p
"There is no sport equal to that which aviators enjoy while being carried through the air on great white wings." — Wilbur Wright, 1905
mizivincible
 
 
Posts: 31
Joined: Fri Sep 18, 2009 3:32 pm
Location: Cheras | Selangor

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby lord » Thu May 06, 2010 1:43 am

well done gurlz... and welcome to the club..going to to be more jobless pilot now...he..
lord
 
 
Posts: 6
Joined: Wed Apr 07, 2010 1:02 pm

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby mizivincible » Thu May 06, 2010 3:17 am

lord wrote:well done gurlz... and welcome to the club..going to to be more jobless pilot now...he..


But I thought

Namun Hany Farhana Abd. Khalid, 23, berjaya membuktikan tiada apa yang boleh menghalang seseorang itu untuk mencapai impian apabila bergelar Pegawai Pertama (First Officer) di syarikat penerbangan Air Asia.
"There is no sport equal to that which aviators enjoy while being carried through the air on great white wings." — Wilbur Wright, 1905
mizivincible
 
 
Posts: 31
Joined: Fri Sep 18, 2009 3:32 pm
Location: Cheras | Selangor

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby Maverick » Fri May 07, 2010 9:48 am

Hany Farhana is not only a FO but a Senior First Officer in AirAsia and not for long to be a Captain.

Kudos!
User avatar
Maverick
 
 
Posts: 508
Joined: Tue Jun 02, 2009 4:00 pm
Location: N03 20.69 , E101 378.97

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby hawa » Fri May 07, 2010 9:51 am

:)
bravo ladies
hawa
 
 
Posts: 124
Joined: Tue Jun 02, 2009 8:25 am
Location: kuala lumpur

Re: Hany's Proud To Be Pilot

Postby Honey Bear » Sat May 08, 2010 9:08 pm

WAH... only show up ladies' picture. Where is mine? lolx...
"Learn from mistake" is totally not suitable for a pilot. You might be don't have chance to fly again after you did a mistake. You can only learn from people's mistake.
User avatar
Honey Bear
 
 
Posts: 245
Joined: Sun May 31, 2009 11:24 am

Next

Return to Aviation Talk

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest