TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN JURUTERBANG HELIKOPTER DI BAWAH SKIM PELAJARAN PINJAMAN YAYASAN SARAWAK
Selaras dengan usaha untuk melatih dan melahirkan lebih ramai juruterbang helikopter, Yayasan Sarawak dan Hornbill Skyways Sdn. Bhd. mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon skim tersebut di atas untuk mengikuti latihan secara SEPENUH MASA dalam bidang kursus yang disenaraikan di bawah:-
A Juruterbang Helikopter (Helicopter Pilot Training)
Urusan kemasukan ke Pusat Latihan berkaitan akan diuruskan oleh pihak penaja. Pemohon yang terpilih akan diberi pinjaman oleh Yayasan Sarawak dan akan diminta untuk berkhidmat dengan Hornbill Skyways Sdn. Bhd.
2. KELAYAKAN PERMOHONAN
a. Pemohon hendaklah berusia tidak kurang dari 18 tahun.
b. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak.
c. Pemohon hendaklah memiliki tahap kesihatan yang tinggi dengan jarak penglihatan 6/6, ketinggian sekurang-kurangnya 152 sm dan tiada kecacatan anggota badan.
d. Pemohon juga perlu mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan berpersatuan dan pertubuhan dan mempunyai pencapaian akedemik yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf, dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit yang termasuk Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan tiga subjek sains.
e. Pemohon yang disenarai-pendek akan melalui pemeriksaan kesihatan fizikal di peringkat awal proses pemilihan.
f. Pemohon yang sudah mempunyai Private Pilot License (PPL) akan diberi keutamaan tertakluk kepada tahap kesihatan yang tinggi.
3. CARA MEMOHON
Pemohon perlu mengemukakan permohonan secara bertulis dengan berserta gambar terkini berukuran paspot, salinan sijil-sijil peperiksaan, salinan dokumen-dokumen akedemik, salinan sijil kelahiran dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
Pemohon perlu menyatakan nama kursus yang dipohon pada sebelah atas kiri sampul surat
Permohonan mestilah sampai ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan:-
HORNBILL SKYWAYS SDN. BHD. (33377-U)
NORTH PAN HANGAR
KUCHING INTERNATIONAL AIRPORT
P.O.BOX 1387
93728 KUCHING
SARAWAK, MALAYSIA
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA
4. TARIKH TUTUP
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA HARI JUMAAT, 15 APRIL 2011
Source: TheSundayPost, 3rd April 2011